Thursday, February 9, 2017

Berita Baharu

Salam sejahtera daripada Chalet Iyad.

Kami dengan ini ingin mengumumkan pembukaan 2 lagi homestay tambahan yang telah siap kami bina. 

Kejayaan ini tidak lain dan tidak bukan tentulah hasil daripada sokongan daripada anda semua. Semoga dengan adanya penambahan homestay ini, lebih ramai lagi pengunjung boleh menetap di sini. 

Disamping itu, 2 homestay sedia ada juga telah dilakukan penambahbaikan untuk keselesaan pengunjung. 

Sekian, terima kasih. 


Sunday, January 29, 2017

Selamat Tahun Baru 2017

Assalamualaikum kepada pengunjung Chalet Iyad semua. Harapnya masih tidak lambat untuk kami mengucapkan Selamat Tahun Baru 2017 walaupun kita sekarang sudah menghampiri bulan Februari. 

2016 telah meninggalkan kenangan manis buat kami kerana telah menerima kunjungan daripada pihak yang tidak kami sangka-sangka antaranya Ustaz Hassan Din. 

Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua yang telah mengunjungi chalet kami. Semoga  kejayaan ini kekal dan bertambah lagi di tahun 2017 ini. 

Chalet Iyad akan berusaha untuk menambah baik perkhidmatan kami dengan menyediakan lebih banyak kemudahan untuk keselesaan anda semua. 

Sekian, terima kasih.